Jika aku tidah rendahkan diri aku dalam kehidupan, aku sebenarnya adalah sampah! Aku sentiasa ingatkan diri bahawa pilihan aku ditolak mentah-mentah, dan diberi keputusan yang bukan apa yang aku nak. Aku selalu bayangkan, andai terhenti di tengah jalan, aku akan berhenti buat selamanya. Dan bayangan ini selalu membuatkan aku kesal sebenarnya. Penilaian pada setiap keputusan wajar diiringi dengan keindahan dan kemuliaan akal yang berfikir. Tapi sesungguhnya bukan kerana apa, kerana hanya untuk melindungi hati dari ada unsur-unsur keperitan. Hanya kepada Allah aku bermohon dan berserah!
P/s : Entah kenapa, asal tengah down jer mesti aku banyak berfikir. Benarlah kata Nabi, ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’
Thursday, April 12, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Cinta (2)
Mencintai sungai kita adalah lebih baik dari mencintai manusia kerana walaupun tidak berbalas, ia tetap akan basahkan kita.
p/s: "Hanya cinta dari-Nya sahaja yang kekal abadi"
p/s: "Hanya cinta dari-Nya sahaja yang kekal abadi"
Cinta (1)
Kali ini, aku nak menulis sedikit tentang cinta.
Seorang kutu yang sedang berada bawah pengaruh dadah pernah berkata kepada
aku.
"Zal, 'cinta' ni sebenarnya market dia tinggi. Senang jual. Kau buat lagu
cinta, mesti top. Kau tulis pasal cinta, mesti top."
#@#@!!!!@#@#$**@#!!!!
Ya, sedikit saja aku nak tulis.
Tuesday, March 6, 2012
Sensitif
( Buat mereka yang bertanya )
Gua diasaskan dengan kejujuran. Sekali gua ditipu dan terasa diasingkan, sampai bila-bila gua tak percaya dan menjauhkan diri walaupun mereka meminta peluang kedua. (kecuali mereka berjaya yakinkan gua dengan ayat-ayat power diaorang yang gua boleh terima!) Tak kira lah siapa-siapa. Sahabat dari kecik pun gua akan buat sedemikian.
Selalunya bila gua menjauhkan diri, gua cuba jauh dari sesiapa disekitarnya. Apa-apa yang berlandaskan 'hubungan', gua memang terapkan keikhlasan dan kejujuran. Gua boleh terima siapa sahaja jadi kawan gua. Tak kiralah mereka penyapu sampah, penoreh getah, tukang basuh kereta, nepal, bangla, makcik indon, atau selevel dengan mereka (pada pandangan masyarakat). Cuma tolong jangan tipu atau kaver line dekat gua!
Ada orang kata gua memutuskan silaturrohim. Bukan. Bukan. Gua hanya menghilangkan diri. Orang putih kabor, back to basic. Merendahkan diri gua kembali. Gua sedar, gua bukan siapa-siapa. Gua cuma inginkan ketenangan sementara.
Bersalah pada gua?? Maaf, gua tak perlukan keampunan mereka. Dari mula berkawan, gua dah sedia memaafkan. Bagi gua, nak mintak ampun, mintak pada Tuhan. Gua tak mahu ada istilah dosa pada manusia. Sebab gua pun ada banyak dosa pada makhluk Tuhan. Biarlah gua rasa terikat dosa gua pada orang lain, asal bukan dosa mereka pada gua.
Sensitif!
Ya! Gua memang sensitif!
p/s : Gua main taip ikut dan jer ni. Tapi, terkadang hairan jugak bila orang tak percaya cakap gua! Kakaka!

Friday, March 2, 2012
Membuat Pilihan
Meminjam kata-kata semua orang, “cuma ada satu cinta… iaitu cinta pertama”
tak tahu apa betulnya. Aku tak tahu tentang itu.
Tapi kadang-kadang terjadi juga keadaan manusia jatuh cinta kepada orang yang salah. Dan mereka itu menjinjing kesilapan ke seluruh hayatnya. Kan cinta itu cuma perasaan. Siapa pula berhak untuk menahan-nahan?
p/s : Lantaran aktiviti hidup makin terhad, pilih antara dua. Berdendang atau terperap dalam bilik gas beracun. Aku tak memberikan jawapan, aku sekadar bertanya.
Thursday, March 1, 2012
Harapan
Setelah hujan, angin, ribut dan pelangi, perkara yang paling cerah adalah harapan!
p/s : "Ketika kita menjadi tua, waktu akan membuat kita dikelilingi oleh orang-orang yang mencintai kita, sebagai ganti dari orang-orang yang kita cintai"- pyanhabib -
Wednesday, February 29, 2012
Celaka!
Dimulai dari interaksi yang menyenangkan, hingga yang boleh
melambungkan jiwa. Hal-hal sederhana yang tanpa sedar dilakukan oleh
lelaki, bisa membuat wanita-wanita jatuh hati. Dia sebenarnya berusaha sekuat tenaga untuk tidak mengabaikan itu semua. Dia berusaha meleraikan belenggu pada relung hatinya yang kerasnya seperti batu.
Tapi, malam ini, tingkah-lakunya macam celaka!
Tapi, malam ini, tingkah-lakunya macam celaka!
Tuesday, February 28, 2012
Ayah (1)
Buat seorang makwe yang selalu buat diri gua terasa tenang dan senang.
Langit kekurangan bintang dan cuma ada samar cahaya bulan. Tebar kapas-kapas awan berarak akur pada arah angin. Deras rasanya. Manakan tidak, rambut sependek ini juga bisa bergemalai dek tiupan sang angin.
Mungkin bentar lagi hujan akan mencurah. Bila-bila masa dari sekarang.
p/s: "Saya percaya kita semua, dalam diam, sebenarnya seorang pemuja rahsia. Secret Admirer." - Langit Vanilla -
Monday, February 27, 2012
Malam Itu
Malam itu tidak sama seperti malam lainnya.
Malam itu sunyi tanpa citarasa.
Malam yang hening tanpa siapa-siapa.
Malam itu tidak seperti malam biasa.
Malam itu merokok luar biasa.
Malam itu tak tengok tivi seperti biasa.
Malam itu lepak kedai awe seperti biasa.
Malam itu cuma tak bahan kawan-kawan seperti biasa.
Malam itu fikiran tidak melayang seperti biasa.
Malam itu cuma ada reputasi kosong yang tiada apa-apa.
Malam itu hanya diam tiada kata-kata.
Malam itu menghitung dan membilang masa.
Malam itu mengira bintang diangkasa.
Malam itu rahmat Tuhan diberi pada sesiapa seperti biasa.
Malam itu angan-angan menjadi buang masa.
Jadi, biarkan sahaja.

Sunday, February 26, 2012
Lemah
Dia berjalan lemah. Setiap langkah-langkah kakinya lemah. Setiap tutur bicaranya lemah. Setiap daya kudratnya juga lemah. Kosong! Terasa seseorang hadir dalam hatinya. Seolah-olah seseorang itu datang dan memandangnya penuh nafsu. Menjeling melalui susuk tubuhnya dari segenap matanya memandang, lalu ianya hilang.
Menjadi dirinya, ada yang sudah menjangka dan ada yang tidak. Sebab baginya, melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan, adalah sebahagian dari hidupnya. Dia sendiri tidak tahu, dengan cara apa dia ingin menerangkan bagaimana hal itu berlaku. Dia melihat, mendengar dan mengkaji mggunakan hati namun bukan pada fikirannya. Terkadang, dia sendiri merasai seperti ada masalah dengan fikirannya.
Perasaannya pada ekspresi senang, sudah tiada. Pernah hatinya dilambung-lambung. Pernah dia merasa terbang di awangan. Baginya dunia ini memang miliknya! Ya. Ianya cinta. Kemana cintanya yang dulu yang pernah ada? Apakah cinta yang dulu itu sudah lama pergi? Dia tidak ingin hanya merasakan sayang ,yang diinginkan cuma rasa cinta hanya untuknya. Seperti yang dia rasakan saat ini hanya hal sederhana, tetapi entah mengapa tak habis-habis ia mengasak-asak sesak pada sudut-sudut jiwanya.
Maaf. Hari ini mahupun hari esok yang mendatang, dia sedar bahawa dia sudah tidak ada lagi perkataan untuk disarungkan kepada siapa-siapa. Dia sudah keletihan.
p/s: Macam Celaka! Hentamlah! Kahkahkah!

Friday, January 20, 2012
Tanggungjawab
Aku tak tahu apa yang aku mahu. Seolah-olah ada yang tidak kena pada peraturan itu. Yang selalu kita tahu, kita harus melakukan keputusan melalui kehendak orang, ataupun kehendak diri sendiri. Jika gagal, semuanya berakibat. Ironi bukan? "mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya" Ianya subversif. Yang berlawanan dengan tradisi kita sendiri. Apakah yang akan mereka lihat dan fikirkan tentang kita?
Aku sentiasa pada faham akan tanggungjawab yang ditakdirkan!
Tuesday, January 10, 2012
Perang
Ada sesuatu yang berlaku dalam peperangan itu. Peluru beterbangan, bunyi letupan kuat, teriakan manusia saling berbunuhan. Mereka menentang akan satu sama laen.Ada yang berlindung mencari tempat bersembunyi. Ada yang berjuang sehabis mati. Dan ada yang ketakutan melarikan diri.
Begitu juga dia. Dia yang bersandar di balik dinding yang berlubang akan mortar itu. Berfikir mencari jawapan. Sekadar tenang mencari pujukan.
Jauh di dasar hati, sebenarnya mereka terpaksa melakukan ini semua. Semata-mata hanya satu. Hanya untuk melindungi orang yang mereka kasihi.
Saturday, January 7, 2012
Lari
Dia berlari laju. Langkah kakinya deras hingga mencapai kelajuan cahaya. Satu demi satu semuanya dilangkahinya. Lalu dia berhenti. Merenung kembali dan bertanya pada dirinya. "Apa tujuan aku berlari tanpa dikejar?" Rungut hatinya merenung bulan. Tatkala itu, memori lama terulang seperti pita kaset yang dimainkan oleh mini hifi.
"Ya, aku telah butakan mata pencarianku!"
"Ya, aku telah butakan mata pencarianku!"
Subscribe to:
Posts (Atom)