Dia berjalan lemah. Setiap langkah-langkah kakinya lemah. Setiap tutur bicaranya lemah. Setiap daya kudratnya juga lemah. Kosong! Terasa seseorang hadir dalam hatinya. Seolah-olah seseorang itu datang dan memandangnya penuh nafsu. Menjeling melalui susuk tubuhnya dari segenap matanya memandang, lalu ianya hilang.
Menjadi dirinya, ada yang sudah menjangka dan ada yang tidak. Sebab baginya, melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan, adalah sebahagian dari hidupnya. Dia sendiri tidak tahu, dengan cara apa dia ingin menerangkan bagaimana hal itu berlaku. Dia melihat, mendengar dan mengkaji mggunakan hati namun bukan pada fikirannya. Terkadang, dia sendiri merasai seperti ada masalah dengan fikirannya.
Perasaannya pada ekspresi senang, sudah tiada. Pernah hatinya dilambung-lambung. Pernah dia merasa terbang di awangan. Baginya dunia ini memang miliknya! Ya. Ianya cinta. Kemana cintanya yang dulu yang pernah ada? Apakah cinta yang dulu itu sudah lama pergi? Dia tidak ingin hanya merasakan sayang ,yang diinginkan cuma rasa cinta hanya untuknya. Seperti yang dia rasakan saat ini hanya hal sederhana, tetapi entah mengapa tak habis-habis ia mengasak-asak sesak pada sudut-sudut jiwanya.
Maaf. Hari ini mahupun hari esok yang mendatang, dia sedar bahawa dia sudah tidak ada lagi perkataan untuk disarungkan kepada siapa-siapa. Dia sudah keletihan.
p/s: Macam Celaka! Hentamlah! Kahkahkah!
No comments:
Post a Comment