Tuesday, March 6, 2012

Sensitif

( Buat mereka yang bertanya )

Gua diasaskan dengan kejujuran. Sekali gua ditipu dan terasa diasingkan, sampai bila-bila gua tak percaya dan menjauhkan diri walaupun mereka meminta peluang kedua. (kecuali mereka berjaya yakinkan gua dengan ayat-ayat power diaorang yang gua boleh terima!) Tak kira lah siapa-siapa. Sahabat dari kecik pun gua akan buat sedemikian.

Selalunya bila gua menjauhkan diri, gua cuba jauh dari sesiapa disekitarnya. Apa-apa yang berlandaskan 'hubungan', gua memang terapkan keikhlasan dan kejujuran. Gua boleh terima siapa sahaja jadi kawan gua. Tak kiralah mereka penyapu sampah, penoreh getah, tukang basuh kereta, nepal, bangla, makcik indon, atau selevel dengan mereka (pada pandangan masyarakat). Cuma tolong jangan tipu atau kaver line dekat gua!

Ada orang kata gua memutuskan silaturrohim. Bukan. Bukan. Gua hanya menghilangkan diri. Orang putih kabor, back to basic. Merendahkan diri gua kembali. Gua sedar, gua bukan siapa-siapa. Gua cuma inginkan ketenangan sementara.

Bersalah pada gua?? Maaf, gua tak perlukan keampunan mereka. Dari mula berkawan, gua dah sedia memaafkan. Bagi gua, nak mintak ampun, mintak pada Tuhan. Gua tak mahu ada istilah dosa pada manusia. Sebab gua pun ada banyak dosa pada makhluk Tuhan. Biarlah gua rasa terikat dosa gua pada orang lain, asal bukan dosa mereka pada gua.


Sensitif!

Ya! Gua memang sensitif!



p/s : Gua main taip ikut dan jer ni. Tapi, terkadang hairan jugak bila orang tak percaya cakap gua! Kakaka!

2 comments: