Wednesday, February 29, 2012
Celaka!
Dimulai dari interaksi yang menyenangkan, hingga yang boleh
melambungkan jiwa. Hal-hal sederhana yang tanpa sedar dilakukan oleh
lelaki, bisa membuat wanita-wanita jatuh hati. Dia sebenarnya berusaha sekuat tenaga untuk tidak mengabaikan itu semua. Dia berusaha meleraikan belenggu pada relung hatinya yang kerasnya seperti batu.
Tapi, malam ini, tingkah-lakunya macam celaka!

Tuesday, February 28, 2012
Ayah (1)
Buat seorang makwe yang selalu buat diri gua terasa tenang dan senang.
Langit kekurangan bintang dan cuma ada samar cahaya bulan. Tebar kapas-kapas awan berarak akur pada arah angin. Deras rasanya. Manakan tidak, rambut sependek ini juga bisa bergemalai dek tiupan sang angin.
Mungkin bentar lagi hujan akan mencurah. Bila-bila masa dari sekarang.
p/s: "Saya percaya kita semua, dalam diam, sebenarnya seorang pemuja rahsia. Secret Admirer." - Langit Vanilla -
Monday, February 27, 2012
Malam Itu
Malam itu tidak sama seperti malam lainnya.
Malam itu sunyi tanpa citarasa.
Malam yang hening tanpa siapa-siapa.
Malam itu tidak seperti malam biasa.
Malam itu merokok luar biasa.
Malam itu tak tengok tivi seperti biasa.
Malam itu lepak kedai awe seperti biasa.
Malam itu cuma tak bahan kawan-kawan seperti biasa.
Malam itu fikiran tidak melayang seperti biasa.
Malam itu cuma ada reputasi kosong yang tiada apa-apa.
Malam itu hanya diam tiada kata-kata.
Malam itu menghitung dan membilang masa.
Malam itu mengira bintang diangkasa.
Malam itu rahmat Tuhan diberi pada sesiapa seperti biasa.
Malam itu angan-angan menjadi buang masa.
Jadi, biarkan sahaja.

Sunday, February 26, 2012
Lemah
Dia berjalan lemah. Setiap langkah-langkah kakinya lemah. Setiap tutur bicaranya lemah. Setiap daya kudratnya juga lemah. Kosong! Terasa seseorang hadir dalam hatinya. Seolah-olah seseorang itu datang dan memandangnya penuh nafsu. Menjeling melalui susuk tubuhnya dari segenap matanya memandang, lalu ianya hilang.
Menjadi dirinya, ada yang sudah menjangka dan ada yang tidak. Sebab baginya, melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan, adalah sebahagian dari hidupnya. Dia sendiri tidak tahu, dengan cara apa dia ingin menerangkan bagaimana hal itu berlaku. Dia melihat, mendengar dan mengkaji mggunakan hati namun bukan pada fikirannya. Terkadang, dia sendiri merasai seperti ada masalah dengan fikirannya.
Perasaannya pada ekspresi senang, sudah tiada. Pernah hatinya dilambung-lambung. Pernah dia merasa terbang di awangan. Baginya dunia ini memang miliknya! Ya. Ianya cinta. Kemana cintanya yang dulu yang pernah ada? Apakah cinta yang dulu itu sudah lama pergi? Dia tidak ingin hanya merasakan sayang ,yang diinginkan cuma rasa cinta hanya untuknya. Seperti yang dia rasakan saat ini hanya hal sederhana, tetapi entah mengapa tak habis-habis ia mengasak-asak sesak pada sudut-sudut jiwanya.
Maaf. Hari ini mahupun hari esok yang mendatang, dia sedar bahawa dia sudah tidak ada lagi perkataan untuk disarungkan kepada siapa-siapa. Dia sudah keletihan.
p/s: Macam Celaka! Hentamlah! Kahkahkah!

Subscribe to:
Posts (Atom)