Tidaklah ada pada jawapan aku dalam soal perjodohan?Bahkan, benak ini juga tiada jua istilah untuk hidup bersama?Melihat akan masa hadapan juga tiada?Pernah merasa resah bersendirian?Apa yang dimaksudkan dengan menentang kehidupan?
Mungkin benar dan mungkin juga tidak sama sekali.Kamu pernah merasa kecewa dan kamu pernah rasa ditinggalkan begitu sahaja.Dan aku juga pernah berbuat demikian.Bayangkan dalam kemelut dengan sistem (kehidupan manusia), intelektualku sering kehilangan diri.Hanya selesa mengikut sahaja takuk-takuk yang sedia untuk dijamah.Kekalutan demi kekalutan, keresahan demi keresahan, ketidaktenteraman senantisa mengisi lubang-lubang kekosongan.Mahu dipinggirkan??jauh sekali tiada dalam pilihan.
Hari-hariku selalu bergelumang dengan kemurniaan akal.Akal yang benar itu seharusnya adalah akal yang menghargai akan keragaman, yang tidak sekali-sekali mudah menundukkan "yang lain".Bertitik tolak ini, aku memperingatkan bahawa alam ini wujud untuk berdamai, untuk berharmoni dan bukannya untuk diekploitasi!Alangkah bahagianya jika hidup kembali dengan ingatan terpilih.Atau sama sekali tidak pernah hidup barangkali.Tidak susah untuk memikirkan akan hal-hal yang berkait rapat dengan kehidupan, dan tidak payah pula untuk memilih nafsu-nafsu "panggung yang berjalan" setiap ketika mentari berjanji bertemu gelap malam.
Cemburu aku melihat "pasang-pasang belangkas" yang sememangnya dijanjikan Allah dan Rasul akan kebahagian dunia dan akhirat.Sememangnya mungkin suatu hari nanti bersambut atau mungkin tidak!Entahlah..tinggal kan dan biarkan aku sebentar.Aku sudah lelah, hatta menadah,hatta peduli.Aku hanya mahu bergusur ke penjuru alam.Biarlah gelap, biarlah rabun dan kelam.Biarkan mata ini "tidak nampak".Biarlah sendiri..asal sepi, asal sunyi, asal tenang...Hanya aku....
Allah Tuhanku
3 Zulkaedah 1431
4:45am
No comments:
Post a Comment