Friday, December 3, 2010

"...kesedihan..."

ketika aku berjalan-jalan melihat kehidupan, aku telah melihat kesedihan yang aku sendiri turut merasakan yang kesedihan itu datang dari kita sendiri....benar,pada suatu sudut usia menjadi peranan...aku terlihat kesedihan itu penuh nafsu....bongkak jualah mereka mnghadapi kemurungan..dan dosa-dosa itu yg meragut keinsafan...

aku terinsipiratsi akan hal-hal ketuhanan...walaupon aku sendiri kejauhan...betapa mudahnya kita bersumpah akan hidup dan mati atas dasar Yang Maha Satu...lantaran ini hanya dengan keterbukaan ini sahaja akan menatijah hasil yang yang lebih menakjubkan....aku dalam aku sedikit demi sedikit,d an bertambah banyak bersalur pekat pada kehitaman,...

to be continued....(ngantuk sudah..)

Monday, October 11, 2010

"...jodoh..."



Tidaklah ada pada jawapan aku dalam soal perjodohan?Bahkan, benak ini juga tiada jua istilah untuk hidup bersama?Melihat akan masa hadapan juga tiada?Pernah merasa resah bersendirian?Apa yang dimaksudkan dengan menentang kehidupan?



Mungkin benar dan mungkin juga tidak sama sekali.Kamu pernah merasa kecewa dan kamu pernah rasa ditinggalkan begitu sahaja.Dan aku juga pernah berbuat demikian.Bayangkan dalam kemelut dengan sistem (kehidupan manusia), intelektualku sering kehilangan diri.Hanya selesa mengikut sahaja takuk-takuk yang sedia untuk dijamah.Kekalutan demi kekalutan, keresahan demi keresahan, ketidaktenteraman senantisa mengisi lubang-lubang kekosongan.Mahu dipinggirkan??jauh sekali tiada dalam pilihan.


Hari-hariku selalu bergelumang dengan kemurniaan akal.Akal yang benar itu seharusnya adalah akal yang menghargai akan keragaman, yang tidak sekali-sekali mudah menundukkan "yang lain".Bertitik tolak ini, aku memperingatkan bahawa alam ini wujud untuk berdamai, untuk berharmoni dan bukannya untuk diekploitasi!Alangkah bahagianya jika hidup kembali dengan ingatan terpilih.Atau sama sekali tidak pernah hidup barangkali.Tidak susah untuk memikirkan akan hal-hal yang berkait rapat dengan kehidupan, dan tidak payah pula untuk memilih nafsu-nafsu "panggung yang berjalan" setiap ketika mentari berjanji bertemu gelap malam.


Cemburu aku melihat "pasang-pasang belangkas" yang sememangnya dijanjikan Allah dan Rasul akan kebahagian dunia dan akhirat.Sememangnya mungkin suatu hari nanti bersambut atau mungkin tidak!Entahlah..tinggal kan dan biarkan aku sebentar.Aku sudah lelah, hatta menadah,hatta peduli.Aku hanya mahu bergusur ke penjuru alam.Biarlah gelap, biarlah rabun dan kelam.Biarkan mata ini "tidak nampak".Biarlah sendiri..asal sepi, asal sunyi, asal tenang...Hanya aku....




Allah Tuhanku
3 Zulkaedah 1431
4:45am



Sunday, September 12, 2010

"..Cermin Mimpi..."


Jika anda cahaya semata-mata, tidaklah ada bayangan ini...

"..Aku ini cahaya semata-mata dan Aku tidak ada bayang-bayang. Cahaya yang ada dalam diri anda itu adalah kerana sebahagian anda menghala kepada Aku.."

Anda hendaklah tahu bahawa anda bukan Aku, kerana Aku ini cahaya tanpa bayang. Anda itu cahaya bercampur gelap, kerana sebahagian dari anda menghala kepada Aku, dan yang satu lagi menghala kepada 'adam. Oleh itu anda terletak anda wujud dengan adam, antara baik dengan jahat. Wujud anda yang mumkin itu dibawa kepada anda oleh kerana anda melihat bayangan anda itu..

Jika anda lari dari cahaya seluruhnya, lalu terus melihat bayangan anda, maka anda akan tahu yang ia adalah bayangan kemungkinan anda itu. Anda anggap itu bayang yang tidak mumkin. Yang tidak mumkin(mustahil) dan Yang Wajib adalah dua perkara yang berlawanan dalam semua segi...





Allahu Robbi..
4 Syawal 1431
14.53 pm


Saturday, September 4, 2010

"...senipis iman..."



....Ada kebarangkalian dalam hati seseorg itu penuh dgn drama dan penipuan yg nyata tidak akan terungkai dgn paksinya...ah!...aku x perlu nk ambil pusing akan hal-hal yg tiada langsung memberi keuntungan...pd aku,mereka ini hanya secupak dr seguni....


....Tapi persoalannya, dari mana pengetahuan keselarasan atas kesedaran ini diperoleh??


....Aku bukan Leibniz, filsuf eropah yg terlibat dalam aneka kepustakaan dgn monad-monadnya yg tak berjendela...yg berusaha untuk mendamaikan para filosofi Injil...yg tercatat pertarungan keaslian antara mereka...martabatnya rendah..tapi maruahnya tinggi dan hebat!...


....Hanya alasan mudah... menggunakan hati, agar mengingatkan diri kita akan emosi dan perasaan yg trsembunyi, dgn harapan agar bisa menggugah pd lelah dan mengarahkannya pd tujuan dan jln yg dituju...lumayan!...bahaya perkataanku.....ramai manusia sesaudara diseberang akan memanggilku 'pemaling' akan bahasa mereka...nanti dibaling najis pula!!haha....(keluar tajuk sebentar sekadar meluah rasa).....


....Menyelam dgn zuq ramadhan, seperti kata-kata hikmah..."...ramadhan "kita" seperti ramadhan yg lalu..yg lain2.....hanya penuh dgn kepura2an..."....(aku juga begitu!) melepas lapar dan dahaga..bukan dgn ilmu yg ada...terlalu jauh dari tapak permulaan.... tersasar!... lemah!!begitu lemah!!....malu akan diri sendiri....bertatapkah aku akan 'wajah-Nya'??....bagi yg terbawa2 dgn anak2 syaitan, kerugianlah sementara ketika....(aku juga!)....


....Untuk seorang anak muda, perjalanan itu masih pnjang.....sekira dirinya terus-menerus berfikir, tidak mati pd satu tahap, maka dirinya barangkali boleh berubah lg.....Sebaliknya jika anak muda itu itu berhenti pd sesebuah kepercayaan tanpa ampun, maka itu itulah dirinya yg kelak terkekang dalam sebuah fahaman yg mati!!....





Wallahua'lam
13:25pm
26 ramadhan 1431


Friday, September 3, 2010

"...lagho..."



Umurku 15 aku sudah mendambakan seperti budak korea ni...waktu itu (1996) budak ini hanya seorang bayi...baru 2 hari budak ajaib ini mnymbut hari kelahiran...aku tidak menjunjung julang akan budak ini, tapi hanya mengangguk salute!...perihal gitar...hanya 3 lagu yg aku tau...'where do i begin' (Love story)...'roman de amore'...lg satu aku dah luper....tp masih ingat lg jari2 ni memetik...sedih tidak, bangga tidak, gembira pon tidak, namun sudah 10 tahun aku tinggalkan dunia ni....lagho yg mengasyikkan!...



Friday, July 9, 2010

"...melompat untuk melangkah..."


"....tulisan atau taipan?
dari awal sorotan masa pernah menyentuh waktu...
bukan pada aku..
masih lemah dengan gemalai lelah...
bentuk-bentuk ini menyerlah...
kata-kata dan tingkah.."