Jika aku tidah rendahkan diri aku dalam kehidupan, aku sebenarnya adalah sampah! Aku sentiasa ingatkan diri bahawa pilihan aku ditolak mentah-mentah, dan diberi keputusan yang bukan apa yang aku nak. Aku selalu bayangkan, andai terhenti di tengah jalan, aku akan berhenti buat selamanya. Dan bayangan ini selalu membuatkan aku kesal sebenarnya. Penilaian pada setiap keputusan wajar diiringi dengan keindahan dan kemuliaan akal yang berfikir. Tapi sesungguhnya bukan kerana apa, kerana hanya untuk melindungi hati dari ada unsur-unsur keperitan. Hanya kepada Allah aku bermohon dan berserah!
P/s : Entah kenapa, asal tengah down jer mesti aku banyak berfikir. Benarlah kata Nabi, ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’
Cuka Getah
- ke mana hilangnya api lilin yang dihembus padam? -
Thursday, April 12, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Cinta (2)
Mencintai sungai kita adalah lebih baik dari mencintai manusia kerana walaupun tidak berbalas, ia tetap akan basahkan kita.
p/s: "Hanya cinta dari-Nya sahaja yang kekal abadi"
p/s: "Hanya cinta dari-Nya sahaja yang kekal abadi"
Cinta (1)
Kali ini, aku nak menulis sedikit tentang cinta.
Seorang kutu yang sedang berada bawah pengaruh dadah pernah berkata kepada
aku.
"Zal, 'cinta' ni sebenarnya market dia tinggi. Senang jual. Kau buat lagu
cinta, mesti top. Kau tulis pasal cinta, mesti top."
#@#@!!!!@#@#$**@#!!!!
Ya, sedikit saja aku nak tulis.
Tuesday, March 6, 2012
Sensitif
( Buat mereka yang bertanya )
Gua diasaskan dengan kejujuran. Sekali gua ditipu dan terasa diasingkan, sampai bila-bila gua tak percaya dan menjauhkan diri walaupun mereka meminta peluang kedua. (kecuali mereka berjaya yakinkan gua dengan ayat-ayat power diaorang yang gua boleh terima!) Tak kira lah siapa-siapa. Sahabat dari kecik pun gua akan buat sedemikian.
Selalunya bila gua menjauhkan diri, gua cuba jauh dari sesiapa disekitarnya. Apa-apa yang berlandaskan 'hubungan', gua memang terapkan keikhlasan dan kejujuran. Gua boleh terima siapa sahaja jadi kawan gua. Tak kiralah mereka penyapu sampah, penoreh getah, tukang basuh kereta, nepal, bangla, makcik indon, atau selevel dengan mereka (pada pandangan masyarakat). Cuma tolong jangan tipu atau kaver line dekat gua!
Ada orang kata gua memutuskan silaturrohim. Bukan. Bukan. Gua hanya menghilangkan diri. Orang putih kabor, back to basic. Merendahkan diri gua kembali. Gua sedar, gua bukan siapa-siapa. Gua cuma inginkan ketenangan sementara.
Bersalah pada gua?? Maaf, gua tak perlukan keampunan mereka. Dari mula berkawan, gua dah sedia memaafkan. Bagi gua, nak mintak ampun, mintak pada Tuhan. Gua tak mahu ada istilah dosa pada manusia. Sebab gua pun ada banyak dosa pada makhluk Tuhan. Biarlah gua rasa terikat dosa gua pada orang lain, asal bukan dosa mereka pada gua.
Sensitif!
Ya! Gua memang sensitif!
p/s : Gua main taip ikut dan jer ni. Tapi, terkadang hairan jugak bila orang tak percaya cakap gua! Kakaka!

Friday, March 2, 2012
Membuat Pilihan
Meminjam kata-kata semua orang, “cuma ada satu cinta… iaitu cinta pertama”
tak tahu apa betulnya. Aku tak tahu tentang itu.
Tapi kadang-kadang terjadi juga keadaan manusia jatuh cinta kepada orang yang salah. Dan mereka itu menjinjing kesilapan ke seluruh hayatnya. Kan cinta itu cuma perasaan. Siapa pula berhak untuk menahan-nahan?
p/s : Lantaran aktiviti hidup makin terhad, pilih antara dua. Berdendang atau terperap dalam bilik gas beracun. Aku tak memberikan jawapan, aku sekadar bertanya.
Thursday, March 1, 2012
Harapan
Setelah hujan, angin, ribut dan pelangi, perkara yang paling cerah adalah harapan!
p/s : "Ketika kita menjadi tua, waktu akan membuat kita dikelilingi oleh orang-orang yang mencintai kita, sebagai ganti dari orang-orang yang kita cintai"- pyanhabib -
Wednesday, February 29, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)