Saturday, November 26, 2011

"..kosong.."

Kebetulan cahaya itu berlalu dengan pantas. Sinarnya tidaklah seindah yang diharapkan. Kemungkinan ianya datang dari ladang api yang penoh dengan hikmah dan pancaroba. Aku meraba-raba. Entahlah. Dari susuk wajahku, penampakan entiti itu semakin mencemaskan. Aku cuba untuk berlari kencang. Mengalahkan lipas. Jika seseorang melihat antara aku dan lipas, agaknya aku lah sasaran pertama akan semburan aeresolnya...Terbungkam!..

Kesakitan ini dapat dirasai penuh keperitan. Keperitan ini sepanjang hayat tidaklah dapat untuk aku melupakan. Sakit bagaikan ditinggal sang kekasih ketika hujan di hentian bas. Sang kekasih yang mempunyai kasih baharu yang hendak diberikan. Rasa kecewa yang amat pahit sehingga nafsu ingin dicampak dari tingkat tujuh-belas...

Apalah yang hendak dikatakan lagi tentang kesakitan ini. Bagaimana ingin aku berpatah balik?Aku mohon berikan...berikanlah apa yang aku mahu kali ini. Bolehkah aku menjadi lelaki yang sehabis baik untuk pertama kali dalam hidup kejujuranku?

Dan aku sudah lama lama tidak bermimpi...

Allohuma Ameen
1 muharram 1433