Sunday, September 12, 2010

"..Cermin Mimpi..."


Jika anda cahaya semata-mata, tidaklah ada bayangan ini...

"..Aku ini cahaya semata-mata dan Aku tidak ada bayang-bayang. Cahaya yang ada dalam diri anda itu adalah kerana sebahagian anda menghala kepada Aku.."

Anda hendaklah tahu bahawa anda bukan Aku, kerana Aku ini cahaya tanpa bayang. Anda itu cahaya bercampur gelap, kerana sebahagian dari anda menghala kepada Aku, dan yang satu lagi menghala kepada 'adam. Oleh itu anda terletak anda wujud dengan adam, antara baik dengan jahat. Wujud anda yang mumkin itu dibawa kepada anda oleh kerana anda melihat bayangan anda itu..

Jika anda lari dari cahaya seluruhnya, lalu terus melihat bayangan anda, maka anda akan tahu yang ia adalah bayangan kemungkinan anda itu. Anda anggap itu bayang yang tidak mumkin. Yang tidak mumkin(mustahil) dan Yang Wajib adalah dua perkara yang berlawanan dalam semua segi...





Allahu Robbi..
4 Syawal 1431
14.53 pm


Saturday, September 4, 2010

"...senipis iman..."



....Ada kebarangkalian dalam hati seseorg itu penuh dgn drama dan penipuan yg nyata tidak akan terungkai dgn paksinya...ah!...aku x perlu nk ambil pusing akan hal-hal yg tiada langsung memberi keuntungan...pd aku,mereka ini hanya secupak dr seguni....


....Tapi persoalannya, dari mana pengetahuan keselarasan atas kesedaran ini diperoleh??


....Aku bukan Leibniz, filsuf eropah yg terlibat dalam aneka kepustakaan dgn monad-monadnya yg tak berjendela...yg berusaha untuk mendamaikan para filosofi Injil...yg tercatat pertarungan keaslian antara mereka...martabatnya rendah..tapi maruahnya tinggi dan hebat!...


....Hanya alasan mudah... menggunakan hati, agar mengingatkan diri kita akan emosi dan perasaan yg trsembunyi, dgn harapan agar bisa menggugah pd lelah dan mengarahkannya pd tujuan dan jln yg dituju...lumayan!...bahaya perkataanku.....ramai manusia sesaudara diseberang akan memanggilku 'pemaling' akan bahasa mereka...nanti dibaling najis pula!!haha....(keluar tajuk sebentar sekadar meluah rasa).....


....Menyelam dgn zuq ramadhan, seperti kata-kata hikmah..."...ramadhan "kita" seperti ramadhan yg lalu..yg lain2.....hanya penuh dgn kepura2an..."....(aku juga begitu!) melepas lapar dan dahaga..bukan dgn ilmu yg ada...terlalu jauh dari tapak permulaan.... tersasar!... lemah!!begitu lemah!!....malu akan diri sendiri....bertatapkah aku akan 'wajah-Nya'??....bagi yg terbawa2 dgn anak2 syaitan, kerugianlah sementara ketika....(aku juga!)....


....Untuk seorang anak muda, perjalanan itu masih pnjang.....sekira dirinya terus-menerus berfikir, tidak mati pd satu tahap, maka dirinya barangkali boleh berubah lg.....Sebaliknya jika anak muda itu itu berhenti pd sesebuah kepercayaan tanpa ampun, maka itu itulah dirinya yg kelak terkekang dalam sebuah fahaman yg mati!!....





Wallahua'lam
13:25pm
26 ramadhan 1431


Friday, September 3, 2010

"...lagho..."



Umurku 15 aku sudah mendambakan seperti budak korea ni...waktu itu (1996) budak ini hanya seorang bayi...baru 2 hari budak ajaib ini mnymbut hari kelahiran...aku tidak menjunjung julang akan budak ini, tapi hanya mengangguk salute!...perihal gitar...hanya 3 lagu yg aku tau...'where do i begin' (Love story)...'roman de amore'...lg satu aku dah luper....tp masih ingat lg jari2 ni memetik...sedih tidak, bangga tidak, gembira pon tidak, namun sudah 10 tahun aku tinggalkan dunia ni....lagho yg mengasyikkan!...